VIDEO LAWAK | Takot sangat Sampai Nama Bakal Isteri Pon Terlupa

721 views

Takut Sangat Sampai Nama Bakal Isteri terlupa -Video Akad Nikah | Gara-gara terlalu takut dan terlalu gemuruh.seorang pengantin lelaki  terpaksa melafazkan akad nikah dengan beberapa kali, seorang warga emas yang mahu mendirikan rumahtangga dengan wanita idamannya terlupa bakal nama isterinya ketika berada di hadapan jurunikah.

gemuruh-600x360

Gelagat warga emas yang berusia lebih 50 tahun itu dirakam pada satu acara majlis akad nikahnya dan kini menjadi viral di internet kerana dianggap melucukan.
Rakaman video selama satu minit 56 saat yang dikongsi oleh Facebook Sukan Star TV itu menunjukkan pasangan tersebut duduk bersebelahan pada majlis akad nikah itu dan masing-masing mengenakan pakaian berwarna merah jambu.

Aksi lucu warga emas yang hendak dinikahkan itu bermula selepas jurunikah menggoncang sebanyak sekali tangan warga emas tersebut selepas beliau mengucapkan ijab untuk dijawab oleh warga emas itu.

Warga emas tersebut kelihatan tersasul beberapa kali hingga jurunikah berkenaan terpaksa mengulangi ijab dan kabul itu semula.

Bagaimanapun rakaman tersebut tidak ditayangkan secara keseluruhan dan sesiapa yang melihatnya akan tertanya-tanya dengan kesudahan majlis akad nikad itu.
Sehingga berita ini ditulis, hampir 21,625 orang telah menontonnya dan dikongsi lebih 472 kali dengan 1,688 orang menyukainya.

Tags: #Isteri #lupa nama isteri #nama isteri #Takut Sangat Sampai Nama Bakal Isteri terlupa #Video Akad Nikah #video akad nikah lawak