Tak tahan dikecam,gadis viral dedah kejadian sebenar

1035 views

Tak tahan dikecam,gadis viral dedah kejadian sebenar|”Itu bukan saya”, demikian kata wanita yang menggunakan nama samaran Bebyluerena di Instagram, menafikan dirinya adalah wanita seksi dalam gambar tangannya ditahan oleh anggota polis Unit Kereta Peronda di Johor yang tersebar di media sosial sejak dua hari lalu.

Menurut Beby, dia sekadar memuat naik gambar itu di laman Instagramnya untuk suka-suka sahaja. Namun tidak menyangka ada netizen yang salah faham dan menganggap wanita dalam gambar itu adalah dirinya.

“Sebenarnya, wanita itu bukan saya. Sebab ramai sangat kawan-kawan yang menghubungi saya melalui WhatsApp dan WeChat bertanya adakah itu saya?, maaf, saya bukan wanita dalam gambar tersebut. Itu saja,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, ada beberapa netizen yang menasihatkannya membuang gambar tersebut yang kini telah mendapat perhatian pihak polis sehingga menyebabkan dua anggota unit peronda itu dikeluarkan dari unit berkenaan dan siasatan tatatertib sedang dilakukan bagi mengenal pasti kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang respon dari wanita berkenaan yang masih lagi mengekalkan gambar tersebut di Instagramnya.

Walaupun penafian telah dibuat, namun ada segelintir netizen yang tidak percaya kerana rambut dan susuk tubuh Bebyluerena yang kelihatan sama itu menguatkan lagi andaian bahawa wanita itu cuba mengelakkan dirinya dari didakwa.

Dalam laporan semalam, dua anggota berkenaan difahamkan sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Segamat sebelum didatangi wanita berpakaian seksi dipercayai warga asing.

Dalam masa yang sama, salah seorang daripada rakan wanita itu merakam gambar tersebut sebelum dimuat naik dan tersebar di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Kejadian itu merupakan kes kedua yang membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor yang dikenakan tindakan tatatertib selepas tujuh anggta termasuk pegawai IPD Muar ditukarkan ke IPK Johor semalam selepas video viral yang mendakwa mereka berada di satu pusat hiburan bersama tauke mesin judi di Muar.

Tags: #anggota polis #cerita sebenar #gadis viral #Kejadian #Sebenar