Taik dalam shower tu pun nak bising

5057 views

Taik dalam shower tu pun nak bising|Wei gemuk hari ini dah berak dalam shower belum” itulah salah satu komen natizen selepas lelaki yang dikatakan membuat onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun.

Lelaki tersebut adalah salah seorang jurugambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta ke pusingan akhir kategori jurufoto termuda dunia Sony World Photography Award, Ramadhan Sinclair.

Menurut Kenyataan rasmi roup Road To Japan, bersama pihak VITTI OSAKA berikut adalah kesalahan yang dilakukan lelaki tersebut.

 

1. Melakukan kerosakan ke atas dinding premis. (kerugian 130,000 yen)

2. Melakukan kerosakan ke atas Bilik Mandi premis. (Berak di bilik air) (kerugian masih dikira)

3. Melakukan kerosakan ke atas perabot premis (kerugian masih dikira)

4. Melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang. kes tertinggal kapal terbang

5. Melakukan keganasan/assault/violence (bouryoku, 暴力) terhadap staff premis (kesalahan violence di Jepun mempunyai istilah khas dan akan disabitkan kesalahan secara serious bergantung pada kecederaan)

Ekoran daripada isu berkenan Ramadhan Sinclair yang tinggal di bangi mendapat kecaman hebat daripada pihak natizen kerana kerana membawa budaya samseng ke negeri orang.

Bagaimanapun Ramadhan menafikan tuduhan tersebut dan membuat repot di balai polis KLIA 2

Akan tetapi pihak natizen tidak percaya kerana dalam video tular berkenan kesalah lebih mengarah kepada 3 lelaki berkenan.

“Syabas bro! ‘famous’ satu Malaysia, silap-silap satu Jepun jugak. Video tu, dia tak pegang kau pun, kau yang mulakan dulu, baju merah pulak buat tak tahu dan lelaki terakhir tu pula macam samseng,” tulis Mohd Mizuan Omar

Turut menyokongnya, pengguna Facebook, Nur Syuhada.

“Dia berlagak ke, mengarah ke, suka hati dialah sebab dia jaga tempat tu. Kau sebagai pelawat patut jaga adab, buat malu Malaysia je,” tulisnya.

Terdapat juga netizen yang memuji sikap mangsa berbaju biru yang tenang walaupun diprovok oleh pelancong muda berkenaan.

“Aku tengok bro baju biru tu cakap rileks je, kalau ada pun tengking sikit je, tapi kau tolak-tolak dia. Kalau akulah, bukan setakat tengking, dan bertukar jadi hulk kot,” tulis Sarra Ahmad Kamal.

Ekoran dari kejadian itu, pemilik penginapan berkenaan telah mengharamkan pelancong warga Malaysia tinggal di premis mereka. Dan difahamkan ini merupakan kejadian kali ketiga. Sebelum ini pihak penginapan Vitti Lodge juga telah mengharam pelancong dari Korea dan China.

Tags: #Taik dalam shower tu pun nak bising