Syarikat MLM Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan

932 views

Syarikat MLM Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan

 

Syarikat MLM Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan| Setelah pihak Azad Jasmin mengadakan sidang akhbar demi mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur sebuah syarikat MLM, kini Rania Marketing Sdn. Bhd. sendiri tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.

Duta kepada syarikat tersebut, Mohd Hisham, mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.

“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yang dinyatakan. Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200,000 semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang”

“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,” katanya yang turut memberitahu perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan isteri turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri.

Selain itu, Azad juga turut dijemput daang ke pejabat urusan syarikat berkenaan bersama 1000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan,” katanya lagi.

Hisham menyatakan sebolehnya pihak mereka mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan.

Tags: #Azad Jasmin #Syarikat MLM