Syamsul Yusof Berubah Sikap Kerana Puteri Sarah

903 views

Syamsul Yusof Akui Berubah Sikap Kerana Puteri Sara

Pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof mengakui sikap panas baran yang sukar dikawalnya sebelum ini berjaya dikurangkan selepas dia mendirikan rumahtangga dengan aktres Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, 30, sebelum ini dia menyangka tidak ada orang akan memahami sikap itu selain daripada ibunya. Namun selepas berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac lalu, dia mendapati isterinya juga bijak mengambil hati sehingga membuatkan dia turut berusaha untuk berubah sikap.

“Memang dari dulu lagi, ibu yang paling rapat dan sering mendengar luahan perasaan saya lebih-lebih lagi ketika isu filem KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum tayangan.

“Dan saya sangka tiada wanita lain yang mampu menenangkan saya selain ibu. Tetapi Alhamdulillah, saya diberi seorang isteri yang penyabar dan memahami seperti ibu.

“Kerana dia… semangat saya kembali pulih. Kerana dia juga sikap saya yang ‘tidak betul’ sebelum ini berjaya dikurangkan,” katanya.

Tambah Syamsul lagi, semenjak berumahtangga dia tidak lagi terlalu mengejar kejayaan kerjaya sebaliknya lebih mengutamakan isteri dan keluarga.

“Jika dahulu, sebelum penggambaran, saya akan meneliti skrip di mana saya perlu bersendirian tanpa perlu diganggu orang lain.

“Tetapi, sekarang ini skrip itu saya letak ke tepi dan utamakan Sarah dan keluarga. Saya tidak mahu hidup ini penuh dengan kejayaan karier tetapi gagal dalam kehidupan keluarga,” ujarnya.

Syamsul Yusof Akui Berubah Sikap Kerana Puteri Sara
Syamsul Yusof Akui Berubah Sikap Kerana Puteri Sara
Syamsul Yusof Akui Berubah Sikap Kerana Puteri Sara

Tags: #akui #Kerana #Puteri #Sarah #Sikap #Syamsul #syamsul dan puteri sarah #syamsul yusuf #syamsulcyusup dan isteri #Yusof