Suspek Bunuh Nur Alya Bukan Orang Lain Rupanya

44172 views

Suspek Bunuh Nur Alya Bukan Orang Lain Rupanya|POLIS menahan bekas teman lelaki pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemukan.

Katanya, suspek yang juga penuntut KVPD itu ditahan kira-kira 15 minit selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ditemui oleh penduduk pada 10.30 malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja itu di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya.

Tags: #Bukan Orang #Bunuh #Lain Rupanya #Nur Alya #Suspek