Suri Rumah Bakal Dihukum Gantung Mati

356 views

Suri Rumah Bakal Dihukum Gantung Mati|Seorang suri rumah berdepan hukuman gantung sampai mati, apabila didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas kesalahan mengedar 2.6 kilogram (kg) dadah, di Bukit Baru, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dirakam daripada tertuduh, Chen Mui Fung, 36 tahun, yang mengangguk faham terhadap pertuduhan tersebut selepas dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Lee Kim Keat.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada dua anak itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi lelaki mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,603 gram di sebuah rumah Solok Bukit Pulau, Bukit Baru pada jam12.10 tengah malam, 30 Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria mencadangkan kepada mahkamah untuk tidak membenarkan jaminan kerana kes membabitkan hukuman gantung sampai mati, mandatori.
Tertuduh pula diwakili peguam, Sukhaimi Mashud.

Tags: #Bakal #Dihukum #Gantung Mati #Suri Rumah