Sultan Melaka Jual ‘Datuk’kepada Rani Kulup?

1111 views

SULTAN MALAKA JUAL DATUK

 

Sultan Melaka Jual ‘Datuk’kepada Rani Kulup? |¬†Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang dakwaan menjalankan perniagaan menjual pangkat kebesaran diraja termasuk kepada Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah individeo yang mengaku sultan maka itu menapikan dakwaan tersebut

Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.
“Tidak timbul isu Tuanku Sultan Melaka menjual darjah kebesaran istana kepada mana-mana individu. Darjah kebesaran itu bukan untuk dijual tetapi dikurniakan secara percuma.

“Seperti contoh Rani Kulup, dia mendapat gelaran ‘Datuk’ kerana banyak membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa, jadi dari mana datangnya cerita Sultan Melaka menjual gelaran itu?

“Pemberian gelaran hanya kepada individu yang ikhlas. Sultan Melaka banyak menerima permohonan untuk mendapatkan gelaran itu namun ditolak kerana niat mereka yang tidak ikhlas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raja Ismail berkata demikian ketika mengulas dakwaan penjualan darjah kurniaan Sultan Melaka dengan harga serendah RM25,000 bergantung kepada gelaran tertentu.

Terdapat juga dakwaan di beberapa laman sosial yang mendakwa Rani Kulup turut membeli gelaran Datuk daripada Sultan Melaka.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa Rani Kulup tidak menggunakan gelaran Datuk pada pangkal namanya, ini kata Raja Ismail: “Rani Kulup adalah Ayahanda, dia sudah menggunakan pangkat itu, jadi cukup dengan gelaran itu dan tidak salah dia tidak menggunakan nama Datuk pada permulaan namanya.

“Dia (Rani Kulup) sudah menjalani istiadat istana Melaka, dia juga sudah memakai baju adat untuk penerimaan darjah kebesaran itu.”

Individu yang mengaku menjadi Sultan Melaka ditahan polis pada Januari tahun lepas.YouTube Astro Awani

Sebelum ini, Raja Noor Jan Shah dilaporkan menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah sebuah syarikat hartanah global yang juga kenalannya pada majlis perasmian sebuah bangunan di Bandar Puteri.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai ‘Sultan Melaka’.

Idris turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu dan menjelaskan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu selain mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan Melaka.
Abdul Rani sebelum ini turut dilaporkan berkata, laman Facebook ‘troll’ miliknya dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.

Tegas Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan ‘peminat’nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook ‘troll’ Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Abdul Rani memegang rekod membuat 13 laporan polis sehari dan terkenal dengan penggunaan slogan #kipidap dalam perbualannya.

sumber

Tags: #Abdul rani kulup #jual datuk #sultan malaka