Suami Serah Bayi Bayar Hutang 30k Pada Along

1082 views

nknks

Suami Serah Bayi Bayar Hutang 30k Pada Along|Siapa sangka kahwin ala sinetron  “cinta selepas kahwin berhujung petaka”disangka hari yang cerah rupanya hujan di tengah hari,itulah yang di alami seorang isteri muda 23 tahun yang menikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya rupa rupanya memiliki hutang dengan along.

Lebih mengejutkan lagi apabila bayi dalam kandungan si isteri turut di seret dalam permasalah hutang tersebut,baca lebih lanjut untuk mengetahui kisah sepenuhnya.

“Saya baru sahaja berkahwin dengan suami saya dalam 3 bulan Umur saya 23 sekarang Suami 28 Kami berkahwin atas dasar bercinta selepas nikah.

Saya memang tak kenal dia sangat sebelum kahwin  Pernah keluar sekali je dengan dia lepas tu dia ajak kawin. Kenal pun melalui online Saya pun bodoh time tu, terikut ikut dengan trend kawin muda ala islamik bercinta selepas nikah, saya pun kawin dengan dia.

Sepanjang kami kawin, saya duduk asing asing dengan dia sebab saya masih belajar,Dia ada bisnes sendiri Bisnes kecik kecik je. Makan minum saya time jumpa tu memang dia support tapi duit poket dia tak bagi.

Saya hidup guna duit pt je, macam zaman saya bujang Saya jumpa dia dalam sebulan sekali, Saya faham sebab dia pun tak berduit sangat. Lagipun ofis dia dkt selangor saya study kat selatan, Kononkonon nak jadi isteri setia di masa susah kan, saya pun terima seadanya.

Baru2 ni saya mengalami morning sickness, iaitu muntah muntah dan loya,Period pun tak datang dah dekat 6 minggu. Kemudian saya asyik mengidam makanan. Saya agak agak saya dah pregnant kot. Saya text suami mintak tolong teman pergi jumpa doctor semalam Tapi dia marah2.

Mood dia tak bagus, Saya kecik hati Kemudian sejam lepas tu dia text lagi, dia suruh saya jadi penjamin la mintak gambar ic la mintak address rumah parents la. Rupa rupanya dia ada pinjam along 30k. Patutlah 2-3 hari ni bila text dia jawab sepatah ,Hancur luluh hati saya.

Dia cakap dia tengah serabut sekarang lepas tu saya pulak serabutkan kepala otak dia cakap pasal anak, Kiranya macam wrong timing la saya bukak cerita pasal pregnancy ni Padahal anak dia jugak bukannya anak laki lain.

Sekarang ni saya betul betul tawar hati dan ada terdetik rasa menyesal kawin dengan dia (saya tahu itu dosa tapi nak buat mcm mana korang bukan ada kat tempat saya). Dia cakap if saya tanak jadi penjamin, anak dalam perut tu dia nak bagi kat along.

Rasa menggigil tangan ni Tak tahu nak fikir lagi ,Saya muda, saya naif, itu saya mengaku, La ni kat parents pun saya tak bagitahu lagi sebab takut. Parents dia dua2 dah meninggal. Apa patut saya buat? Patut ke saya report police under extortion? Ataupun saya pergi mintak fasakh? Atau bagitahu parents saya? Atau mcm mana ye? Betul2 buntu ni. Saya sekarang kat rumah parents Cuti semester”

1

2

3

4

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: #30k #along #Bayar #Bayi #Hutang #Serah #suami