Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

1721 views

Galaxy-Note-Edge

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge | Samsung Galaxy s6 dan S6 Edge telah pun diperkenalkan. Kedua-dua model ini mempunyai skrin 5.1” SAMOLED dengan resolusi QHD (577 PPI).

Ia memiliki  CPU Exynos lapan  teras (2.1 GHz + 1.5 GHz), RAM 3 GB . Muatan dalaman pula 32, 64 dan128 Gigabyte.

Samsung Galaxy s6 dan S6 Edge menggunakan sistem operasi Android Lollipop dan antaramuka TouchWiz .

Bahagian panel belakang pula diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 4. Bateri pula tidak boleh ditanggalkan kerana tidak mempunyai panel belakang untuk dibuka.

Ciri-ciri lain terhadapat pada dua peranti ini ialah menggunakan kamera utama 16 Megapixel manakala kamera hadapan 5 megapixel. Kedua-dua peranti ini mempunyai lensa F 1.9 bagi membolehkan gambar dirakan dengan baik di dalam  keadaan gelap.

Ia juga mempunyai sokongan pengecasan pantas. Ia boleh dicas sehingga penuh dalam masa 80 minit.

Namun terdapat juga perbezaan antara dua peranti ini dimana S6 Edge memiliki skin melengkung pada kedua-dua sisi. Bateri yang lebih besar 2600mAh manakala S6 hanya memiliki 2550 mAh.

Terdapat empat pilihan warna bagi S6 iaitu hitam, putih, emas dan biru topaz. Untuk S6 Edge pula ialah hitam, putih, emas dan hijau zamrud.

Ia dijangka akan dijual pada April hadapan. Namun harga masih belum diumumkan.

Sumber- http://akushafuan.blogspot.com/

Tags: #ciri-ciri galaxy s6 #galaxy s6 #s6 edge #spesifikasi s6 edge #spesifikasi samsung galaxy s6