Siti Umum nama anak

420 views

Siti Umum nama anak|Selepas tujuh hari kelahiran, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya memilih Siti Aafiyah sebagai nama buat puteri sulungnya.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis aqiqah dan tahnik yang diadakan di kediamannya, sebentar tadi.

Majlis tersebut juga turut disiarkan secara langsung menerusi menerusi akaun YouTube, SitiOfficialVideo bagi memberi peluang para peminatnya menonton secara eksklusif.

Sebelum itu, dua jam lalu penyanyi ini turut berkongsi wajah anaknya buat pertama kali secara rasmi melalui laman sosial Instragram dan Facebook.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan pada 19 Mac lalu bersempena dengan 1 Rejab.

Untuk sementara waktu, bayi tersebut menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Tags: #nama anak siti #nama penuh anak siti #siapa nama anak siti #Siti