Siswi Maut Kena Kejutan Elektrik Ketika Panjat Pagar Kampus

897 views

Siswi Maut Kena Kejutan Elektrik Ketika Panjat Pagar Kampus – Yunnan : Malang tidak berbau bagi seorang gadis, Jiao Chin, 22, apabila hasratnya untuk menemui kekasihnya tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia kerana kejutan elektrik ketika cuba memanjat pagar elektrik yang dipasang di kampus universitinya.

Mayat Jiao Chin ditemui tergantung di atas pagar berkenaan di kampus Xishuangbanna Dai Prefecture pada awal pagi.

Ketika ditemui, dia hanya memakai kemeja-T dan seluar pendek.

Pagar berkenaan dipasang dengan elektrik oleh pihak universiti selepas beberapa insiden penceroboh cuba memasuki universiti berkenaan.

Menurut rakan sebilik Jiao Chin, Qing Wang, 23, dia tidak mengetahui pukul berapa Jiao Chin keluar dari bilik mereka dan hanya mengetahui mengenai tragedi berkenaan selepas melihat mayatnya tersangkut di pagar tersebut.

“Saya tidak tahu ke mana dia hendak pergi tetapi saya tahu dia mahu bertemu dengan seseorang,’’ katanya.

Dalam pada itu, jurucakap universiti memaklumkan, pagar itu dipasang elektrik demi keselamatan penuntutnya susulan beberapa insiden orang asing cuba memanjatnya.

“Kami tidak dapat bayangkan bagaimana salah seorang daripada pelajar itu memanjatnya sedang semua tahu bahawa pagar itu dipasang elektrik,’’ katanya. – Webberita | Terkini via MyNewsHub

Tags: #Elektrik #Kampus #Kejutan #Kena #Ketika #Maut #Pagar #Panjat #Siswi