Siapa Makcik Bertudung Kat Belakang Tu?

1544 views

plp

Siapa Makcik Bertudung Kat Belakang Tu?|Gambar satu kemalangan jalan raya telah tersebar dengan meluas susulan terdapat figura menakutkan yang dirakam secara tidak sengaja di tempat duduk hadapan kereta tersebut.

Imej dikirim seorang pembaca portal Mynewshub itu menunjukkan sekumpulan orang ramai mengelilingi sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang rosak teruk di bahagian belakang mungkin akibat dilanggar oleh kenderaan lain.

Namun, apabila gambar kemalangan itu berjaya dirakam, terdapat sosok tubuh yang menyerupai seorang wanita bertudung hitam sedang duduk sambil menyeringai ke arah jurukamera, seperti ‘suka’ gambarnya diambil.

Tidak diketahui sama ada penampakan tersebut merupakan jelmaan roh mangsa kemalangan, ataupun hasil suntingan Photoshop, namun imej wanita msiteri itu yang pastinya memang nampak asli.

Menurut sumber itu lagi, kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal Angsana Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan rasmi yang dapat diperoleh untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.

3-3

Tags: #Hantu #Johor #Kemalangan

loading...