Si Comel Yang Malang

700 views

Si Comel Yang Malang|Subang Jaya: Bayi lelaki ditemui di bawah pokok di belakang pangsapuri di Jalan SS16, Jalan Kemajuan di sini, 12.33 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, bayi berusia dua minggu itu ditemui pemandu Uber selepas menurunkan penumpang di lobi pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, saksi membuka tingkap sebelum terdengar tangisan bayi.

“Dia melihat bayi itu di bawah pokok sedang menangis dan bergerak-gerak dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut dengan kain sebelum menghubungi pihak polis.

“Polis yang tiba di lokasi mendapati bayi lelaki itu masih hidup dan dalam keadaan baik serta terdapat plastik mengandungi lampin pakai buang, mandian bayi, susu dan botol susu.

“Bayi berkenaan dibawa ke Balai Polis Subang Jaya sementara menunggu ambulans berikutan hujan,” katanya.

Katanya, selepas itu, bayi itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, bayi seberat 2.85 kilogram itu mengalami kembung perut selain tali pusat sudah tanggal.

“Terdapat kesan lebam di atas tangan kiri namun tidak pasti sama ada cedera atau tanda lahir,” katanya.

Tags: #Bayi #Buang