Sepasang Kekasih Ditemui Mati Berpelukan

1103 views

 

mati berpelukan-eberita.orgSepasang Kekasih Ditemui Mati Berpelukan-SABAK BERNAM, (MLP); Sepasang kekasih yang bakal bernikah ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar.

Dilaporkan, mangsa lemas dalam tali air itu berikutan motosikal yang dinaiki mereka terbabas semalam.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa, mayat pasangan itu ditemui oleh orang awam pada kira – kira 8 pagi hari ini.mati berpelukan-eberita.org

 

Motorsikal yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.

Mangsa, Intan Norliyana Mohammed, 18, menetap di Parit Changkat manakala Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 9.30 malam, semalam.

Difahamkan, pasangan ini sepatutnya bertunang bulan ini dan berkahwin pada tahun 2015.

Tags: #jumpa mayat dalam tali air sebak bernam #kemalangan yang menimpa intan norliyana mohammad #mangsa lemas dalam tali air #mangsa lemas intan norliyana mohammad #mangsa maut dalam tali air sunagi besar #Mohammad Azizul Ariffin #pasanga bertunang di temui mati #pasangan kekasih maut berpelukan #pasangan tunang maut #penemuan mayat berpelukan #penemuan mayat sepasang kekasih #sepasang kekasih maut