Selisih Faham Jualan Lembu, Seorang Maut, Seorang Parah

447 views

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah kerana dilanggar oleh seorang lelaki. Kejadian tersebut berlaku gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Ab. Rahman Raja Mohamad, kira-kira pada pukul 6, Rohadi Yaacob,44 maut dan Zakaria Taib, 43 cedera parah kerana diremuh oleh sebuah kereta Proton Gen 2.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

Memetik laporan Bernama, “Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.

“Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi ‘aku langgar kamu’,” ─ Siakapkeli.com

Tags: #Faham #Jualan #Lembu #Maut #Parah #Selisih #Seorang

Author: 
    author