Selamba Lakukan Seks Di Balkoni Pada Siang Hari Di Bangsar

969 views

seks balMUNGKIN sudah hilang sifat malu atau mahukan aksi seks lebih ekstrem, sepasang kekasih atau mungkin pasangan suami isteri bagai sudah hilang akal apabila melakukan hubungan seks siang-siang hari buta di balkoni kediaman mereka.

Tindak-tanduk mereka kemudiannya dirakam penduduk di sekitar Bangsar South, Kuala Lumpur sebelum dikirim kepada akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily.

Susulan insiden memalukan itu, Ketua Jabatan Pengaduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Seri Michael Chong mengutuk perbuatan pasangan terbabit.

Michael turut menyarankan penduduk apartmen tersebut agar membuat aduan kepada pihak polis dan pengurusan kediaman mereka untuk mengambil tindakan terhadap perilaku tidak bertamadun pasangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC