Saya sudah minta izin dengan isteri Aaron Aziz-Soo Wincci

426 views

Saya sudah minta izin dengan isteri Aaron Aziz-Soo Wincci |Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

“Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron ada memasuki kelas drama untuk mencari keserasian memandangkan ini kali pertama kami bergandingan dan perlu melakonkan babak-babak mesra.

“Masa tengah latihan memang tidak dinafikan saya kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan dia. Namun, bila sudah berada di dalam set kami perlu berikan yang terbaik.

“Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra,” kata Soo Wincci .

Dalam pada itu, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella.

Sementara itu, Soo Wincci yang pertama kali memegang watak antagonis menerima pujian ramai selepas majlis malam tayangan perdana filem tersebut pada Khamis lalu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

 

“Watak Isabella ini sangat berbeza dengan diri saya. Yang pasti, penonton akan lihat kelainan daripada lakonan saya sebelum ini.

“Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.

“Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini,” ujarnya.

Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.

Tags: #Saya sudah minta izin dengan isteri Aaron Aziz-Soo Wincci