Saya Sanggup Berkongsi Suami-Olla Ramlan

619 views

Saya Sanggup Berkongsi Suami-Olla Ramlan|Tidak semua wanita sanggup berkongsi suami. Ini berbeza dengan pelakon Febiolla Ramlan atau Olla Ramlan, 36, yang sanggup memberi kebenaran buat ‘teman sebiliknya’ untuk mencari pengganti dirinya.

Olla juga tidak kisah andai suami, Muhammad Aufar Hutapea keluar dating dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. Asalkan lelaki tersebut tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

“Ini bukan soal payung emas atau apa yang dijanjikan buat seorang isteri yang memberi kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin lain di sisi agama Islam.

“Tapi ini soal rasa kasih dan toleransi yang tidak berbelah bahagi daripada seorang isteri terhadap insan yang banyak berjasa buat keluarga.

“Siapa aku untuk menghalang keinginan suami sendiri kalau dia mahu keluar dengan wanita lain? Aku tahu dia juga punya keinginan dan tidak suka dikongkong. Jadi jelaslah di sini, siapa nak rampas suami aku, silakanlah,” tegas Olla kepada media Indonesia mengulas dakwaan berhubung tindakan suaminya yang kerap dilihat keluar dengan wanita-wanita cantik.

Kenyataan panas yang diberikan Olla itu mendapat banyak reaksi dalam kalangan peminat. Ada yang menyifatkan tindakan pelakon drama Isabella itu keterlaluan dan terlalu memberi muka kepada suaminya sendiri.

Olla enggan melatah dan mengambil pusing atas apa yang berlaku kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat masa depan rumah tangganya dengan Muhammad Aufar yang dikahwini sejak empat tahun lalu.

Malah Olla merasakan kenyataan sinisnya itu boleh dijadikan peringatan buat golongan wanita yang tidak henti-henti ‘menghimpit’ suaminya lantaran kedudukan yang dimilikinya.

Sebagai ahli perniagaan yang mewarisi perniagaan keluarga, sudah pastilah Muhammad Aufar berdepan dengan pelbagai dugaan yang rata-ratanya berpotensi merosakkan hubungan baiknya dengan Olla.

“Sebagai isteri kepada seorang usahawan terkenal, aku perlu memahami kerjanya. Aku tidak boleh sama sekali melatah atas apa jua yang diperkatakan orang sekeliling.

“Dalam hal ini, persefahaman aku dan suami lebih penting dalam memastikan perkahwinan kami berjalan lancar sampai bila-bila,” ujarnya.

Menerusi perkahwinan dengan Muhammad Aufar, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan Aleena Naira Hana Hutapea, 2.

Olla juga mempunyai seorang anak lelaki, Sean Michael Alexander menerusi perkahwinan dengan seorang lelaki berdarah Belanda, Alex Tian.

Tags: #berkongsi suami #Olla Ramlan

loading...