Saya Bukan Suami Orang-Hafiz

1986 views

1546248_10152715752752998_873967964568174130_n

Saya Bukan Suami Orang-Hafiz|’Suami tak jadi’ pengacara popular, Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan spekulasi bahawa dirinya adalah suami orang.

Hafiz dalam pada itu turut menafikan punca pembatalan majlis pernikahan antara mereka adalah disebabkan oleh statusnya yang sudah berpunya.

“Saya tidak pernah berkahwin. Saya juga tidak pernah merahsiakan apa-apa berhubung status saya dengan Fara selama perkenalan kami.

“Sebab sebenar pembatalan majlis pernikahan itu, hanya Fara yang tahu,” katanya,berterus-terang.

bagaimanapun Pembantu peribadi ke­pada Fara Fauzana yang juga anak saudaranya, Wan Zul Aimi Wan Ismail berkata, dakwaan lelaki itu sudah berkeluarga juga adalah tidak benar.

Menurutnya, adalah mustahil Mohamed Hafiz sudah berkahwin kerana beliau sendiri menemani Fara Fauzana bagi menguruskan hal ber­kaitan perkahwinan terma­suk menghantar borang perkahwinan ke pejabat Ja­batan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya ada menemankan kakak (Fara) ke pejabat JAIS kira-kira sebulan lalu untuk mendaftarkan perkahwinannya dan menguruskan hal-hal berkaitan.

“Jika dia (Mohamed Hafiz) sudah berkahwin, sudah pasti pihak JAIS ada rekod, namun, JAIS tidak memaklumkan apa-apa tentang perkahwinannya sebelum ini.

“Oleh itu, tidak timbul soal kakak (Fara) batalkan perkahwinan kerana masalah itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediaman keluarga Fara Fauzana di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkait­an, beliau memohon kepada semua pihak supaya memberi ruang dan menghormati permintaan Fara Fauzana agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara berkenaan.

Sebelumnya Ahad lalu, Fara mengumumkan pembatalan majlis pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya

 

Tags: #Hafiz #Orang #suami