Samsung Perkenal Galaxy Tab A

1183 views

galaxytab-a_01

Samsung Perkenal Galaxy Tab A | Samsung kini mula memperkenalkan sebuah tablet Galaxy Tab A. Namun berita pengumuman ini hanya dibuat di Russia dan tidak dapat dipastikan bila akan diumumkan di peringkat global.

Ia hadir dengan dua saiz iaitu 8 inci dan 9.7 inci. Galaxy Tab A juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Cortex-A53 pada kelajuan 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan ruangan storan 16GB.

Selain itu, ia juga turut menyokong rangkaian 5G bagi mengakses internet dengan pantas.

Bagi saiz 9.7 inci pula, ia mempunyai dwi-speaker untuk bunyi yang lebih kuat.

Galaxy Tab A dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop dan antaramuka khusus TouchWiz.

Ia dijangka berada di pasaran Russia pada bulan depan. sumber- Amanz.my

 

Tags: #ciri-ciri galaxy tab A #galaxy tab A #Samsung #samsung galaxy