Samsung Galaxy Tab Active : Tablet Lasak Ternipis Di Dunia

552 views

Buat anda yang mengidamkan sebuah tablet yang tahan lasak dan durasi bateri yang baik, ada berita baik untuk anda.

Samsung telah melancarkan tablet korporat serba lasak yang dinamakan Samsung Galaxy Tab Active.

Galaxy Tab Active merupakan peranti kalis air dan habuk yang mendapat persijilan IP67 (pengiktiran ketahanan peranti terhadap tekanan air)

Ia juga sangat tahan dengan impak gegaran di mana ia mampu bertahan dengan jatuhan dari ketinggian 1.2 meter dengan adanya casing tambahanya.

Didatangkan dengan C-Pen iaitu stylus yang boleh beroperasi dengan baik bersama sarung tangan, tablet ini jelas sekali adalah sebuah tablet untuk kegunaan di luar pejabat, sungguh pun Samsung menekankan ia merupakan sebuah tablet korporat.

Apa pun ia tetap kelihatan lebih sesuai untuk pengguna pada bidang pekerjaan di luar pejabat seperti jurutera awam atau ahli biologi.

Samsung mendakwa peranti ini boleh digunakan pakai selama 8 hingga 10 jam dengan adanya bateri 4,400 mAh padanya yang juga boleh ditukar dengan mudah.

Membolehkan pengguna membawa bersamanya beberapa bateri tambahan untuk digunakan semasa berada di luar pejabat atau rumah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dilengkapi pemproses quad core 1.2GHz , Android 4.4 dan skrin WXGA(1280 x 800) 8 inci bersama 1.5GB RAM dan 16GB ruang storan yang boleh dipertingkatkan dengan tambahan 64GB menggunakan slot micro SD.

Ia juga disokong dengan port USB 2.0, Bluetooth 4.0 BLE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n dan NFC serta GPS, accelerometer dan sistem pengesan cahaya.

Walaubagaimanapun, Samsung masih belum mengumumkan harga dan tarikh rasmi pelancarannya tatapi desas desus mengatakan ia mungkin akan berada dipasaran pada bulan Oktober depan.

Sumber: Engadjet

Oleh: hzqahmd

The post Samsung Galaxy Tab Active : Tablet Lasak Ternipis Di Dunia appeared first on MYNEWSHUB.

Tags: #Active #Dunia #Galaxy #Lasak #Samsung #Tablet #Ternipis