Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S-Pen

1457 views
Foto : Amanz.my

Foto : Amanz.my

Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S-Pen | Samsung Malaysia kini menawarkan Samsung Galaxy Tab A  dari keluarga tablet dengan dua variasi saiz 8-inci dan 9.7-inci.

Galaxy Tab A membawa rekaan ikonik Samsung, lebih ringan dan nipis. Ia hadir dengan nisbah skrin 4:3.

Mempunyai beberapa fungsi daripada Microsoft, ruang storan 100GB melalui OneDrive, dan aplikasi Microsoft Office.

Galaxy Tab A bersaiz 8-inci mempunyai  skrin beresolusi 1024×768 pixel, pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410,  kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan sokongan mikro-SD), bateri berkapasiti 4200mAh, dan menyokong rangkaian LTE selain WiFi.

Manakala bagi Galaxy Tab bersaiz 9.7-inci  memiliki spesifikasi lebih kurang sama, apa yang berbeza adalah  dari segi saiz skrin dan juga kapasiti bateri sebesar 6000mAh.

Kedua-dua hadir dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan input atau pengambilan nota oleh para pengguna.

Kedua peranti ini  akan dijual pada harga RM1299 untuk model bersaiz 8-inci, dan RM1599 untuk model bersaiz 9.7-inci pada 15 Mei depan.

sumber-amanz.my

Tags: #ciri-ciri Samsung Galaxy Tab A #saiz Samsung Galaxy Tab A #Samsung Galaxy Tab A #samsung tab