Sampainya hati

5247 views
Sampainya hati,4.67 / 5 ( 3votes )

Sampainya hati|Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun ditemui dalam longkang di Jalan Kampung Chin Lee, Batu 6 Jalan Kepong di sini, dalam keadaan berbungkus plastik hitam, petang tadi.

Mayat kanak-kanak yang sudah mula reput itu ditemui seorang pekerja syarikat besi buruk, kira-kira jam 3 petang, ketika dia sedang membersihkan longkang berhampiran sebuah bengkel kereta di situ.

Lelaki warga asing berkenaan pada mulanya terhidu bau busuk sebelum ternampak sebelah kaki kanak-kanak berkenaan yang sudah berulat terkeluar daripada bungkusan plastik hitam yang membalut tubuhnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berkenaan menemui mayat kanak-kanak malang itu dalam longkang di tepi semak yang berair.

“Selepas menerima laporan kejadian itu, sepasukan anggota forensik dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan pada mayat kanak-kanak yang masih lengkap berpakaian serta masih memakai lampin menemui kecederaan pada kepalanya.

“Terdapat kesan retak pada sebelah kanan kepala kanak-kanak terbabit, dipercayai akibat hentakan. Kecederaan lain belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Tags: #Sampainya hati