Sampai aku rasa hati aku mati-Intan Liyana

687 views

Sampai aku rasa hati aku mati-Intan Liyana|Selepas mahkamah menangguhkan proses lafaz cerainya dengan suami, seorang pemuzik bebas, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada 22 Mac depan, madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liyana Saleh berkongsi rasa hati di Insta Story miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Intan menulis tarikh perkahwinanya dengan suami yang berlangsung pada 1 Mac 2013 dan diakhirkan dengan tarikh 1 Mac 2018, iaitu tarikh menyaksikan mereka berdua hadir ke mahkamah untuk proses lafaz cerai.

Intan juga turut memuat naik gambarnya ketika hari bahagianya bergelar isteri beserta kata-kata yang sangat menyentuh hati, selain kapsyen #happy5anniversary.

Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia. Sedih itu datang dari hati bukan dari muka. Luar orang nampak happy, tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.

“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita,” tulisnya.

Sebelum itu, Intan menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar mengakui dia bukanlah wanita terbaik untuk suaminya yang kini telah bertemu wanita lebih baik dari dirinya.

“Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang,” luahnya.

Intan mendirikan rumah tangga bersama Ude pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Tags: #Intan Liyana #Luahan