Sam Bunkface Mengaku Lebih Sebulan Sudah Bertunang

369 views

Awal Oktober lalu, Sam Bunkface ada memberikan kenyataan yang beliau sudah bersedia untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga merupakan penerbit rancangan di TV3, Aida Azira namun dalam diam rupanya mereka mengikat tali pertunangan dalam masa yang sama.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom berkata majlis pertunangan mereka berlangsung secara sederhana di kediaman wanita berkenaan di Masjid Tanah, Melaka dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua dua belah pihak.

BACA: Sam Bunkface Sedia Kahwini Aida, Sedang Cari Masa Sesuai

“Kami sudah selamat bertunang sebulan yang lalu dan majlis itu dibuat secara sederhana kerana sebenarnya rancangan awal kami datang ketika itu hanya untuk merisik”

“Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan,” jelasnya.

Penyanyi ini turut berkata yang beliau tampil membuat penjelasan tentang hubungan mereka kini selepas ianya sering menjadi tanda tanya dan Aida Azira sering menjadi mangsa pertanyaan orang ramai. Tahniah buat pasangan ini, kenduri kahwin jangan lupa jemput, heh. (rtky/m)

#01 Sam Bunkface Mengaku Lebih Sebulan Sudah Bertunang - ROTIKAYA #02 Sam Bunkface Mengaku Lebih Sebulan Sudah Bertunang - ROTIKAYA #03 Sam Bunkface Mengaku Lebih Sebulan Sudah Bertunang - ROTIKAYA

Tags: #Bertunang #Bunkface #Lebih #Mengaku #Sebulan #sudah