Rumah Iqram Kena Rompak

517 views

Rumah Iqram Kena Rompak|Beberapa bulan kebelakangan ini isu kontroversi melibatkan Iqram Dinzly banyak dilaporkan oleh media tempatan. Banyak tindakan yang dilakukan oleh Iqram seolah-olah menjadi perhatian bukan sahaja netizen malah media tempatan.

Terbaru, Iqram memuatnaik satu status melalui akaun baru instagramnya untuk berkongsi tentang rompakan yang berlaku dikediamannya bertempat di Damansara.

Menerusi perkongsian tersebut, iqram menyatakan rumahnya telah dirompak kelmarin dan dia telah kehilangan seutas jam tangan Claudia Patriks bernilai RM10k, dua utas jam tangan lain berjenama Gshock dan Guess serta Iphone6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.

Namun begitu, Iqram bersyukur dan menganggap itu hanyalah ujian dan dugaan dari Allah buat dirinya.

Rata-rata pengikut Iqram juga mendoakan supaya perompak tersebut mendapat balasan setimpal. Tapi ada juga pengikut laman Instagram tersebut meminta Iqram bersabar dan percaya dengan rezeki dari Allah.

Tags: #Iqram #Kena Rompak #Rumah