Rozita Che Wan Alami Pendarahan Kerana Lakukan Kerja Berat

399 views

Umum sedia maklum bahawa aktres jelita Rozita Che Wan kini sedang berbadan dua dan hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum menyambut cahayamata pertamanya selepas mendirikan rumahtangga dengan pelakon Zain Saidin.

Namun, satu berita yang kurang enak didengar apabila mengetahui pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu telah mengalami pendarahan kecil ketika awal Ramadhan yang lalu. 

“Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan”

“Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,“ cerita Zain Saidin.

Menurut suaminya Zain Saidin, walaupun anaknya masih belum dilahirkan namun dia sudah mempunyai kontrak bersama Astro sebagai hak eksklusif penyiaran dan menganggap ianya sebagai rezeki buat anaknya.

“Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami turut tumpang gembira,“ tambah Zain Saidin lagi.

Tags: #Alami #Berat #Kerana #Kerja #Lakukan #Pendarahan #Rozita