Rozaimi Abd Rahman Bekas Penyerang Harimau Malaya Parah Dalam Kemalangan

gambar kemalangan rozaimi

Rozaimi Abd Rahman Bekas Penyerang Harimau Malaya Parah Dalam Kemalangan | Rozaimi Abd Rahman, Bekas penyerang harimau malaya parah dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 3.5 Jalan Tuaran, di sini, petang ini.

ringkas kejadian: kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dan tembok,pemandu kereta jenis Honda Civic yang juga pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, turut mengalami cedera parah.

Rozaimi kini dirawat di Unit Kecemasan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kini sedarkan diri manakala Farris dirawat di hospital sama masih belum sedar.

Pegawai Hubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.34 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

“Bomba tiba di lokasi pada jam 1.46 tengah hari dan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa lalu dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Pasukan Sabah Rahman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan Rozaimi terbabit dalam kemalangan dan kini masih menerima rawatan lanjut.

gambar sekitar kemalangan Rozaimi Abd Rahman,

11063723_854111687971382_458749338318924286_n

11698570_854111817971369_6481887567012330416_n

11403342_854112311304653_2016180760072436818_n

10422444_854112244637993_6967387213140733529_n

Oleh Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my

 

Tags: #Gambar #gambar kereta #gambar Rozaimi Abd Rahman kemalangan #Harimau #Kemalangan #Malaya #pemain sepak bola #penyerang #Rozaimi Abd Rahman #Rozaimi Abd Rahman exsident