Rita Rudaini Tuntut Bayaran Mutaah RM300,000 Daripada Aidil Zafuan

859 views

Aktres cantik Rita Rudaini yang telah bercerai secara sah dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan pada September 2013 yang lalu telah menuntut bayaran mutaah sejumlah RM300,000 dairpada bekas suaminya itu.

Bagaimanapun mahkamah kemudian menetapkan 11 September ini untuk sebutan kes.
Rita hadir ke mahkamah ditemani peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, manakala Aidil tidak hadir.

Sebelum ini, Rita pernah membuat permohonan tuntutan nafkah secara bulanan sejumlah RM5,392 sebulan untuk perbelanjaan dua anak mereka namun menurut Aidil tuntutan itu adalah tidak munasabah.

Tags: #Aidil #Bayaran #Daripada... #Mutaah #Rita #RM300000 #Rudaini #tuntut #Zafuan