Restoran Ikonik A&W Di Petaling Jaya Bakal Ditutup Disember Ini

595 views

A&W bukan satu nama yang asing lagi pada kita semua. Sejak kecil lagi A&W memang mudah untuk dijumpai tapi semakin lama restoran ini semakin ditelan zaman. Penggemarnya semakin berkurang dan premis mereka pun semakin sukar dijumpai mungkin kerana persaingan hebat lambakan restoran makanan segera yang ada di Malaysia hari ini. Apapun A&W tetap merupakan restoran makanan segera yang paling awal dibuka di Malaysia sejak tahun 1963 lagi yang mana cawangan pertamanya ketika itu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Jika anda duduk di sekitar Petaling Jaya, mustahil jika anda tidak tahu tentang A&W paling ikonik yang berada di situ. A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu itu khabarnya akan ditutup pada Disember 2014 ini seperti yang dilaporkan website hype.com.

Penutupan A&W Petaling Jaya ini adalah sebahagian daripada keputusan pihak pengurusan yang ingin mengurangkan kerugian mereka pada setiap tahun bersama-sama dengan penutupan lebih 33 lagi cawangan A&W seluruh Malaysia dan Thailand. Tapak kawasan tersebut akan digunakan untuk pembinaan lot komersial yang tentunya lebih membuahkan hasil.

Ok bye A&W 🙁

Pihak pengurusan juga mendakwa kemungkinan restoran-restoran A&W lain bukan ditutup terus tetapi mungkin juga akan dipindahkan ke lokasi yang lebih bersesuaian. Mungkin.

Beberapa pelanggan sempat menyatakan perasaan sedih jika restoran yang mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak mereka ini ditutup. Tapi ada juga pelanggan mereka yang memberikan maklumbalas sinis meminta agar A&W mengembalikan perkhidmatan yang baik seperti dulu.

A&W seharusnya mengambil kira maklumbalas seperti ini unuk terus bersaing dengan lambakan lagi premis makanan segera seluruh negara.

Tags: #Bakal #Disember #Ditutup #Ikonik #Jaya #Petaling #Restoran