Rendahkan Kolesterol Dengan Makanan

841 views

oatBagi anda yang telah disahkan mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah, jangan susah hati. Di sekeliling kita sebenarnya ada banyak makanan yang dapat membantu merendahkan tahap kolesterol.

Antaranya ialah kismis, oat dan jambu batu.

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Individu yang mengambil 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadarnya sebanyak lapan peratus.

Oat pula kaya serat mudah larut.

Pengambilannya boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Manakala jambu batu dikatakan mampu menurunkan tahap kolesterol sebanyak 18.8 peratus jika diambil sebanyak 400gm setiap hari.