Remaja sembelih kakak berusia 22 tahun

1024 views

kena sembelih

Shah Alam: Sepasang suami isteri yang sedang tidur dikejutkan dengan ugutan anak bongsu untuk membunuh diri sebelum menemui mayat anak kedua di kediaman mereka di Kemuning Utama, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di depan pintu biliknya manakala adiknya yang mengugut untuk membunuh diri berada dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, jiran keluarga berkenaan yang menyedari kejadian itu menghubungi polis yang kemudian menahan suspek berusia 18 tahun terbabit.

Katanya, jiran berkenaan hanya memaklumkan mengenai kejadian cubaan bunuh diri selepas terdengar bunyi bising dari kediaman keluarga terbabit.

“Sebaik menerima maklumat itu, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun, pihak ambulans terlebih dulu tiba di rumah berkenaan.

Tags: #Kakak #kakak kena sembelih #kelar leher #Leher #leher di kelar #membunuh kakak #Remaja #sembelih #tahun