Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB

967 views

olp

Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB |Sibu :Seorang lelaki sudah berkeluarga ditahan polis kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan seorang remaja bawah umur sehingga mengandung.

Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Wagner Lisa Libut ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

“Kami telah melakukan tangkapan terhadap seorang suspek lelaki berumur 49 tahun di sebuah rumah di Kampung Jemoreng, Matu sekitar jam 12.50 tengah hari semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya Perintah reman akan dimohon terhadap suspek untuk membantu siasatan polis berhubung kes tersebut.
Difahamkan, mangsa telah ditemani oleh bapa saudaranya pergi ke Balai Polis Matu Daro pada 21 Januari lalu.

Bertindak daripada maklumat, pasukan polis diketuai oleh S.I Winston Dana berjaya menangkap seorang suspek berbangsa Melanau. Difahamkan, mangsa telah berkenalan dengan suspek yang sudah pun mempunyai anak sulung berumur 27 tahun melalui laman sosial Facebook pada 2014 dan sejak itu, kedua-dua menjadi semakin akrab sehingga menjalin hubungan seks.

Mangsa pernah dibawa ke sebuah rumah kosong di kawasan Kampung Jemoreng dan dipercayai berlaku beberapa kali hubungan seks.

Manakala pada Ogos tahun lalu, mangsa mendapati dia tidak lagi datang haid namun enggan memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia telah mengandung.

Curiga perut mangsa semakin membesar, ibu mangsa bertanya kepadanya dan diberitahu anaknya bahawa dia telah menjalin hubungan intim dengan teman lelakinya.

Rahsia anaknya mula terbongkar selepas ibu mangsa mendapati anaknya telah mengandung dan dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung enam bulan.

Tags: #Angkara Kekasih FB #hamil dorogol kekasih facebook #Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan