Rapuh Tulangmu Jadi Kekuatanku

133 views

Rapuh Tulangmu Jadi Kekuatanku|Seorang bapa Tengku Faisal Rizal Tengku Toran, 43, sanggup meluangkan masa beberapa jam pada hari pertama persekolahan anaknya Tengku Zahin Haziq, 11, yang menghidap masalah otot kaki.

Kasih seorang ayah terpancar, apabila Tengku Faisal Rizal sanggup mengendong anak sulungnya itu dari pintu masuk Sekolah Kebangsaan Teruntum di sini hingga ke bilik darjah anaknya.

Malah ketika ditanya Tengku Faisal Rizal berkata, dia akan cuba meluangkan lebih masa menjaga anaknya itu terutama datang melawat pada waktu rehat sesi persekolahan untuk membantu anaknya yang tidak mempunyai keupayaan berjalan.

Menurutnya, anak lelakinya itu diserang penyakit berkenaan ketika berusia enam tahun dan sukar untuk berjalan sejak tahun lalu.

Tags: #Rapuh Tulangmu Jadi Kekuatanku