Ramai gadis melayu kecewa selepas mengetahui jentina pelatih ini

10165 views

Ramai gadis melayu kecewa selepas mengetahui jentina pelatih ini|Pertama kali melihat gambar ini, apa yang anda nampak? Susuk seorang lelaki sado,Percaya atau tidak, jurulatih gimnasium ‘lelaki’ di Ipoh, Perak ini sebenarnya adalah seorang wanita!

Sekali pandang ternyata nampak macam seorang lelaki, mana tidaknya tubuh badan yang sado dan berwajah handsome. Fuhhh… namun secara semula jadi dia tetap wanita ya.

Elaine Ley atau lebih dikenali sebagai El Lye mengakui mula mengambil supplement steroid sejak tahun 2008 lagi bagi menukarkan susuk badan menjadi lebih berotot dan berbulu pada wajah.

“Ya, saya memiliki badan seperti lelaki namun hati seperti wanita. Saya mahukan lelaki menerima dan mencintai saya seadanya,” katanya dipetik sebuah portal online.

Berikutan pengambilan steroid yang berterusan, wanita yang memiliki ketinggian 153 sentimeter dan berat hanya 42 kilogram pada waktu itu, berazam menambah lagi sehingga jisim tubuhnya mencecah 62 kilogram.

Lye memberitahu dia bukanlah seorang transgender tetapi memang mempunyai kemahuan untuk jadi seperti itu.

Berikutan terlalu obses untuk mendapatkan susuk tubuh idaman, wanita ini kehilangan teman lelaki yang sudah tujuh tahun bercinta kerana jejaka berkenaan tidak boleh menerima perubahan dirinya.

“Kami berkongsi minat sama dalam sukan tetapi dia tidak boleh menerima perubahan badan saya,” ujarnya.

Tambahnya, pada awal perubahan dia mengalami kekeliruan terutama dalam menggunakan kemudahan awam seperti tandas.

Hal ini kerana, bila dia masuk tandas wanita, orang ramai akan terkejut. Disebabkan itu, wanita ini mengambil keputusan untuk menggunakan tandas lelaki sahaja.

“Apabila saya masuk tandas wanita semua akan terkejut sampaikan panggil pengawal keselamatan. Jadi, saya memutuskan untuk masuk ke tandas lelaki sahaja,” kata Lye.

 

Lye mempunyai sebuah gimnasium di Ipoh, Muszle Warrior yang mula dibuka pada 2007 dan memiliki pencapaian ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Sukan.

Instagram:Elaine Ley ,

Tags: #Ramai gadis melayu kecewa selepas mengetahui jentina pelatih ini

Author: 
author