Video Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara pakai meriam buluh

 

Video Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara pakai meriam buluh|Mungkin sudah lama kita tidak mendengar nama Raja Bomoh, namun beliau sekali lagi muncul baru-baru ini dengan ritual terbarunya.

Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama ‘memagar’ Malaysia dari serangan asing.

“Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.

“Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini” katanya sebagaimana lapor Smasa News.

Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.

“Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.

“Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh,” katanya lagi.

Tags: #Bomoh #Buluh #meriam #Raja #Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara pakai meriam buluh #serangan korea utara #Video Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara #Video Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara pakai meriam #Video Raja bomoh pagar malaysia dari serangan korea utara pakai meriam buluh