Punca Terjadinya Kebas

1118 views

kebas

Punca Terjadinya Kebas | Kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Ia berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Kebas biasanya terjadi di tangan, lengan, kaki dan tapak kaki.

Berikut adalah beberapa punca berlakunya kebas :

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi¬† seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine,¬†multiple sclerosis, epilepsi , strok danhypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

Mereka yang mengalami keadaan seperti berikut hendaklah segera berjumpa dengan doktor.

  • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
  • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.

Dapatkan temujanji dengan doktor segera sekiranya kebas yang anda alami bertambah teruk.

sumber-myhealth.gov.my

 

Tags: #kebas #kebas di kaki #kebas di tangan #punca kebas #sebab berlakunya kebas