PUNCA SEBENAR GADIS MATI LEMAS TERJUN TASIK SHAH ALAM

2317 views

lemas_copy.transformed_1

PUNCA SEBENAR GADIS MATI LEMAS TERJUN TASIK SHAH ALAM | Hari ni akhbar melaporkan mayat seorang wanita telah ditemui mati lemas di Tasik Shah Alam hari ini selepas terjun ke dalam tasik berkenaan. Kejadian telah disaksikan oleh orang awam yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.43 petang. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3.30 petang. Sebuah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan wanita tersebut yang tidak sedarkan diri semasa ditemui.

Malangnya, pasukan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dipanggil ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat telah dihantar ke HTAR bagi bedah siasat. Kes juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Tindakan wanita tersebut terjun ke dalam tasik berkenaan mencadangkan bahawa ia satu tindakan bunuh diri tetapi punca sebenar sudah tentu hanya boleh diketahui selepas bedah siasat dilakukan dan siasatan dibuat oleh pihak polis. Kejadian seperti ini yang berlaku di tempat rekreasi awam seperti di Tasik Shah Alam boleh menjejaskan imej tempat berkenaan dan mewujudkan kebimbangang di kalangan orang awam dan para pengunjung tasik berkenaan.

Bagi penduduk Shah Alam, Tasik Shah Alam sememangnya terkenal sebagai kawasan riadah dan rekreasi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan tasik berkenaan. Selain menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak-anak beriadah di tasik berkenaan, Tasik Shah Alam juga menjadi tumpuan para remaja terutamanya para pelajar institut pengajian tinggi sekitar Shah Alam.

punca sebenar

gadis2

 

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya yang diparkir berhampiran taman itu sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan terlihat gadis itu duduk termenung berseorangan seperti orang gelisah sebelum lari dan terjun ke dalam tasik.

“Saya telah menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia telah terjun ke tasik,” katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
“Mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh pihak Bomba Dan Penyelamat Balai Seksyen 15 yang menjalakan operasi mencari dan menyelamat.”

“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya

Tags: #kejadian bunuh diri di tasik shah alam #tasik shah alam ditutup #tasik shah alam kejadian mati lemas #wanita ditemui mati di tasik shah alam #wanita mati lemas tasik shah alam #wanita terjun dalam tasik shah alam