Punca Penggunaan Jam Tangan Diharamkan

1564 views

Punca Penggunaan Jam Tangan Diharamkan | Biarpun memakai jam tangan adalah suatu perkara biasa yang kerap dilakukan oleh para pelajar. Namun beberapa buah universiti di United Kingdom sudah mula mengharamkan para pelajar mereka memakai jam tangan apabila memasuki dewan peperiksaan.

Punca Penggunaan Jam Tangan Diharamkan

Pengharaman memakai jam tangan sewaktu peperiksaan sedang dijalankan berpunca kerana pihak universiti risau  dengan teknologi jam tangan sekarang iaitu jam tangan pintar yang mana membolehkan pelajar mereka meniru dalam peperiksaan.

University of London adalah salah satu  universiti yang telah menemui insiden cubaan menipu dalam peperiksaan berkait dengan jam pintar mereka. Akibat dari itu pihak universiti merasakan adalah lebih baik jika penggunaan jam tangan terus diharamkan bagi pelajar untuk dibawa masuk ke dewan peperiksaan.

jam pintar

Teknologi semakin maju dan memudahkan, menyebabkan banyak pihak yang cuba mengambil jalan pintas. Apa akan terjadi pada generasi akan datang, jika kita terlalu bergantung pada teknologi.

Tags: #jam tangan diharamkan #jam tangan pintar #tidak dibenarkan pakai jam ketika peperiksaan