Punca kemalangan Melibatkan Anggota Polis

971 views

Punca kemalangan Melibatkan Anggota Polis|Seorang anggota forensik polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Simpang Jalan Jabor Lama, Jalan Semambu di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norsham Ismail, 37 dari Taman Changkat Jaya, Perak maut ditempat kejadian selepas disahkan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komissioner Polis, Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang telah dirempuh oleh MPV berkenaan yang keluar dari simpang Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu.

“Kenderaan tersebut yang turut dinaiki dua orang penumpang telah bertembung dengan mangsa yang datang dari Jalan Semambu sebelum disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat manakala pemandu dan penumpang hadapan kenderaan berkenaan turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu MPV ketika keluar dari persimpangan.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Tags: #anggota polis #Melibatkan #punca kemalangan