Punca Farid Kamil ‘Naik Minyak’ Dan Menampar Anggota Polis

13245 views

Punca Farid Kamil ‘Naik Minyak’ Dan Menampar Anggota Polis|Seorang pelakon dan pengarah terkenal yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk, Farid Kamil kini ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.

Pelakon yang juga merupakan suami kepada Diana Danielle itu ditahan kira-kira pukul 1.20 petang tadi bagi membantu siasatan dan akan kekal direman sehingga esok pagi sekiranya siasatan masih tidak lengkap.

Setelah diperiksa, akhirnya terbukti bahawa hasil keputusan air kencing mengesahkan bahawa Farid Kamil adalah positif dadah jenis ganja. Itu mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan anehnya itu.

Dilaporkan, Farid Kamil datang ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya. Secara tiba-tiba, beliau bertindak menampar muka anggota yang menerima aduannya. Bukan itu sahaja, pelakon itu juga menendang orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan pihak polis.

Walaubagaimanapun, ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Beberapa hari sebelum ini, industri seni tanah air kecoh dengan pendedahan bahawa 300 artis kini sedang diburu Ah Long gara-gara meminjam duit secara haram. Perkara itu sendiri diakui oleh Presiden SENIMAN, Zed Zaidi.

Jelas Zed Zaidi, artis-artis itu terpaksa meminjam wang dari Ah Long kerana sumber mata pencarian mereka terjejas dan itu adalah kerana peluang pekerjaan untuk mereka telah berkurangan dan sukar nak cari makan.

Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad-kad ATM mereka (para seniman). Terdapat satu kes di mana data dan maklumat peribadi seniman terbabit disalah gunakan oleh Ah Long.

BACA LAGI:

1.Datuk Farid Kamil Ditahan Polis

2.Kronologi penangkapan Datuk Farid Kamil

 

Tags: #anggota polis #Datuk #Farid Kamil #Menampar #Naik Minyak #punca