Punca Bau Badan & 6 Cara Berkesan Mengatasinya

781 views

BAU BADANPunca Bau Badan.Nak tahu cara hilangkan punca bau badan yang berkesan? Baca artikel ini sampai habis….

Masalah bau badan sering menghantui sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ia terjadi apabila kita memerah tenaga untuk akitivit fizikal seperti bersenam atau melakukan perkara yang menyebabkan stress seperti bekerja.Menurut kajian, kaum Adam akan mengalami masalah bau badan berbanding wanita kerana lelaki berpeluh 80% lebih banyak daripada perempuan.

Masalah bau badan bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa, tapi ia juga mengganggu keselesaan orang lain dan membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan atau berinteraksi dengan orang ramai. Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan dan mengurangkan punca bau badan ini.

 

Antara Cara Hilangkan Punca Bau Badan adalah:

1) Sabun Antiseptik Mengurangkan Bau Pada Badan

Hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menyegarkan dan menghilangkan bau badan setelah melakukan pelbagai aktivit harian. Dinasihatkan menggunakan sabun antiseptik untuk menghilangkan bau badan yang melekat pada badan kita dan dapat mengurangkan bakteria pada tubuh badan.

Anda juga hendaklah mandi dengan teratur dan ‘tertib’. Seeloknya biarkan peluh kering dahulu agar peluh tidak bercampur dengan air ketika mandi kerana ia boleh menjadi punca kepada pertumbuhan bakteria yang menjadi punca bau badan

2) Pentingnya Memakai Deodorant

Deodorant dipercayai dapat menghalang bau badan kerana Ia menangkis ketiak kita daripada peluh apabila kita melakukan sebrang aktiviti. Peluh adalah satu punca utama mengakibatkan tubuh badan kita menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

 

3. Jaga Pemakanan Anda

Bau badan secara langsung dikaitkan dengan bahan buangan pencernaan badan anda. Apa yang anda makan akan mempunyai kesan yang besar kepada bagaimana anda bau. Badan anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan makanan yang tidak berkualiti dan yang tidak sihat kerana ia akan merencatkan sisitem penghadaman anda

Cuba kurangkan makanan segera, makanan goreng, dan apa-apa makanan yang diproses lain yang mengandungi banyak bahan kimia. Lebihkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan. Elakkan guna minyak yang berlebihan, sebaliknya guna teknik masak seperti kukus yang tidak mengandungi minyak

 

Tags: #Bau badan #cara hilangkan punca bau badan