Punca 3 Sekeluarga Maut Kemalangan Di Rantau Panjang

354 views

Punca 3 Sekeluarga Maut Kemalangan Di Rantau Panjang|IBU mentua, menantu dan cucu adalah antara yang maut dalam kemalangan di KM155, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Lanchang, dekat Temerloh, 7.20 malam tadi.

Selain itu, kemalangan itu turut menyebabkan enam yang lain cedera. Mereka dipercayai daripada satu keluarga.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmod berkata, mangsa Permai Jaafar, 55, Norrahimah Mustafa, 29 dan Mohd Yusof Afif, 3, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik beberapa kali sebelum melanggar penunjuk arah.

Katanya, mereka yang cedera pula adalah Mohd Norrdin Hassan, Normanisyam Mohd Norrdin, Mohd Fitri Danial, Norfarhana Adriana,

Mohd Yusuf Haras dan Noraliya Ashikin.

“Siasatan awal mendapati satu daripada tayar Toyota Avanza itu pecah dan keadaan itu munkin menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan, terbabas hingga terjatuh ke dalam longkang.

“Tiga mangsa dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk rawatan dan tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #Punca 3 Sekeluarga Maut Kemalangan Di Rantau Panjang

loading...