Protes Di Hong Kong : Polis Guna Gas Pemedih Mata, Pepper Spray

460 views
Gas Pemedih mata digunakan oleh polis Hong Kong

Polis Hong Kong dilaporkan menggunakan gas pemedih mata dan ‘pepper spray’ keatas sekumpulan pemprotes yang tidak menghiraukan amaran untuk beredar dan menghalang lalu lintas utama disana.

Keganasan tercetus setelah beberapa hari protes itu berjalan.

Gas pemedih mata ditembak kerana peserta protes menghalang laluan utama di Hong Kong menyebabkan aktiviti perniagaan lumpuh.

Difahamkan protes itu diadakan oleh pro-demokrasi yang bermatlamat untuk memberi tekanan kepada China bagi memberi hak mengundi secara bebas sepenuhnya. Selain itu, difahamkan juga ramai peserta protes ini terdiri daripada pelajar di sana.

Peserta protes mengguna payung sebagai perlindungan

Steve Lee,23, seorang graduan universiti yang turut sama dalam protest itu meluahkan rasa kesal dengan penggunaan gas pemedih mata. ” Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh melepaskan gas pemedih mata kepada pelajar yang inginkan keamanan dalam masa kurang 30 saat selepas amaran diberikan”, katanya. –

Sumber : www.nytimes.com

Tags: #Guna #Hong #Kong #mata #Pemedih #Pepper #Polis #Protes #Spray