Pramugari Terjatuh, Wanita Saman AirAsia

1792 views

Pramugari Terjatuh, Wanita Saman AirAsia | Seorang wanita dari Melbourne Australia, menyaman syarikat penerbangan AirAsia dengan mendakwa seorang pramugari terjatuh dan mengakibatkan kecederaan di kakinya.

Ketika dalam penerbangan dari Thailand pada 4 April tahun lalu, seorang pramugari hilang imbangan badan ketika berlaku masalah gegaran udara. Pramugari itu dengan tidak sengaja terjatuh atas kaki Erin Crocker yang berusia 36 tahun.

Pramugari Terjatuh, Wanita Saman AirAsia

gambar hiasan

 

Akibat kejadian itu, kaki kanan Erin Crocker mengalami keretakan tulang, kecederaan lingamen dan pembentukan darah beku menyebabkan kakinya terpaksa dibedah.

Crocker dilaporkan telah menolak tawaran pembayaran dari Syarikat penerbangan AirAsia akibat tragedi QZ8501.

Tetapi kini dia ingin berjuang dan menuntuk ganti rugi untuk kesakitan dan penderitaan dan perbelanjaan perubatan juga kerana hilang pendapatan.

Pelik juga mengapa sekarang baru dia nak menyaman sedangkan kes ini dah berlaku hampir setahun yang lalu.

sumber

Tags: #gambar pramugari AirAsia #jatuh dalam pesawat #peramugari jatuh #pramugari AirAsia