Pornhub Dedah Wanita Negara Mana Paling Banyak Tengok Laman Web Lucah

552 views

Pornhub Dedah Wanita Negara Mana Paling Banyak Tengok Laman Web Lucah|Berbanding lelaki, ramai wanita Malaysia melayari laman web lucah melalui telefon bimbit, menurut Pornhub.

Kira-kira 84 peratus wanita Malaysia menikmati pornografi dengan cara itu berbanding hanya 66 peratus lelaki berbuat demikian, lapor portal The Star Online.

Wanita di Afrika Selatan berbuat demikian paling tinggi (91 peratus), diikuti Amerika Syarikat (89 peratus) dan Britain (86 peratus).

Wanita Malaysia berada di tangga ketujuh selepas Pakistan (86 peratus), India (86 peratus) dan Mexico (84 peratus).

Menurut laporan Pornhub, pada 7 Mac lalu, Indonesia pula berada di tempat ke-11 dengan 80 peratus, manakala Thailand tempat ke-13 (79 peratus).

Data demografi ini dipercayai diproses Pornhub, laman web lucah terbesar di internet, melalui aplikasi Google Analytics.

Di serata dunia, 72 peratus pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet.

Sehingga bulan lalu, hampir 80 peratus wanita dunia mengakses bahan lucah melalui telefon berbanding hanya 69 peratus lelaki.

Wanita muda, berumur 18 hingga 34 tahun, paling ramai melayari laman web perkongsian pornografi itu.

Tags: #Pornhub Dedah Wanita Negara Mana Paling Banyak Tengok Laman Web Lucah #wanita dari negara mana paling banyak layan web lucah #Wanita Negara Mana Paling Banyak Tengok Laman Web Lucah #wanita tengok laman web lucah

Author: 
author