POLIS NAFI DAKWAAN ABAI LAPORAN GAMBAR SEPARUH BOGEL NOR FATHIAH

969 views

NOR FATHIAH

 

KUALA LUMPUR, 8 Disember:
POLIS NAFI DAKWAAN ABAI LAPORAN GAMBAR SEPARUH BOGEL NOR FATHIAH| Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang gadis yang diaibkan oleh bekas teman lelakinya dengan menyebarkan gambar separuh bogelnya di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, buat masa ini pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kata-kata atau perbuatan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Menurutnya, polis sedang menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh bekas teman lelaki wanita terbabit.
“Kita juga telah merujuk perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut berhubung penyebaran gambar oleh lelaki terbabit.
“Buat masa ini belum ada tangkapan dibuat dan jika hendak berbuat demikian ia perlu mendapat waran terlebih dahulu daripada pihak mahkamah,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Dalam laporan portal ini hari ini, seorang gadis berusia 25 tahun, Nor Fathiah Idris, menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya apabila gambar separuh bogelnya disebarkan di laman Facebook serta aplikasi Weechat selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu sejak dua bulan lalu.
Fathiah turut mendakwa, sepanjang mengenali teman lelakinya itu, dia mendapati lelaki itu turut terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara itu, Mohd. Khamsani menolak dakwaan ibu gadis berkenaan, Fatimah Ismail, 50, yang mendakwa ada anggotanya menyatakan bekas teman lelaki anaknya itu daripada kalangan keluarga berpengaruh dan kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,
Katanya, tuduhan tersebut tidak berasas kerana polis tidak pernah mengabaikan setiap aduan yang dibuat oleh pengadu.
“Kita tidak pernah abai siasatan pengadu cuma setiap siasatan itu perlu dibuat mengikut prosedur tertentu.
“Tidak ada sesiapapun akan terlepas daripada undang-undang meskipun mereka orang politik atau sebagainya,” tegas Mohd Khamsani.

Tags: #Abai #aib #Bogel #Dakwaan #Gadis #Gambar #gambar bogel #gambar nor fathiah bogel tersebar #nafi #nor fathiah idris #Polis #Sebar #separuh #teman lelaki