Petua Naikkan Seri Wajah Bakal Pengantin

2977 views
bunga mawar

Foto – google

 

Petua Naikkan Seri Wajah Bakal Pengantin | Dah nak berkahwin tapi wajah kelihatan suram. Pastinya bakal pengantin inginkan wajah yang berseri di hari bahagia mereka.

Jom kami kongsikan petua untuk menaikkan seri wajah yang sering digunakan oleh masyarakat kita.

1. Untuk bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah, amat dinasihatkan mengamalkan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi 7 jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.

2. Kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan 2 atau 3 kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

3. Amalkan memakan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Ia baik untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.

sumber- petua melayu lama

Tags: #petua naikkan seri wajah #petua tradisional #tip kecantikan #tip sihat

loading...