Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

1328 views

nampak muda

 

1.Minum air suam sebaik bangun dari tidur

2.Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan

 

 Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

 

3.Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.

 

4.Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi

 

 

5.Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar

 

6.Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

 

7.Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

8.Doa nabi Yusuf juga boleh membuatkan kita cantik berseri seperti rembulan. Doanya adalah:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
 

Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..

 

Tags: #amalan amalan untuk awet muda #amalan amalan untuk kelihatan cantik #doa amalan untuk awek muda #doa amalan untuk kekal cantik #doa amalan utuk kelihatan muda #petua awet muda #petua kelihatan lebih cantik #petua menjadi wanita cantik #petua mudah untuk awek muda #petua mudah untuk jadi cantik #petua untuk cantik #petua untuk jadi wanita idaman #tips untuk jadi wanita idaman #tips untuk kelihatan cantik dan awet muda